Saturday, November 1, 2014

Info Hormon: Apakah Itu Hormon?

Hormon adalah rembesan endokrin yang akan mengimbangkan dan mengawal atur pelbagai sistem dalam tubuh kita. Ia sentiasa berjalan di dalam saluran darah ke tisu-tisu dan organ badan sepanjang masa.


Rembesan ini bertanggungjawab dalam berbagai fungsi seperti:-
  • Ciptaan kehidupan, 
  • Pembesaran, 
  • Pembiakan, 
  • Penuaan, 
  • Emosi dan 
  • Tingkahlaku. 
Sebagai sumber kekuatan kehidupan dan kekuatan tenaga, adalah amat penting untuk sistem hormon ini berada di dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak kita akan mengalami berbagai masalah kesihatan dan seterusnya akan menjejaskan kesejahteraan hidup, minda dan spiritual.

Faktor2x Penyebab Ketidakseimbangan Hormon

Pada zaman ini dengan berkembang pesatnya masyarakat, kita terdedah dengan berbagai ancaman yang boleh menganggu keseimbangan hormon di dalam tubuh dan akan memberikan kesan yang negatif dalam jangkamasa panjang seperti:-
  • Pencemaran udara,
  • Bahan kimia, 
  • Stres, 
  • Amalan pemakanan dan 
  • Gaya hidup yang tidak sihat.
Masalah kesihatan wanita yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon:

Akil baligh(20 tahun) : Tumbesaran terbantut, jerawat, bahagian dada yang rata, sakit ketika haid(senggugut).

Wanita hamil(30 tahun) : Kurang subur (sukar untuk mengandung), insomnia, kurang bertenaga, kulit kurang anjal, kedut-kedut di muka mula kelihatan, dll.

Pertengahan umur(pertengahan 40 tahun) : Payudara mengendur dan terkelepai, osteoporosis, kaki dan tangan berasa sejuk, bintik-bintik hitam (pigmentasi), artritis.

Monopaus(50 tahun ke atas) : Gaut, rambut gugur, berpeluh malam, perubahan emosi (perasaan mudah tersinggung, meleter), kedut-kedut di kulit ketara kelihatan. 

Masalah kesihatan lelaki yang disebabkan oleh ketidakseimbanan hormon:

Dari segi fisiologi : Mudah berasa letih, kaki dan tangan berasa sejuk, badan kurang bertenaga, konstipasi (sembelit), letih, kurang selera makan, berat badan menurun, sakit otot dan sendi, kekejangan.

Dari segi psikologi : Kurang penumpuan, perasaan tidak menentu, bertambah sensitif, mudah marah, insomnia, murung (depresi), daya ingatan berkurangan, dll.

Prestasi seksual : Nafsu berkurangan, masalah ereksi, mati pucuk, dll.

Fungsi renal (ginjal) : Masalah pembuangan air kencing: kerap kencing, kuantiti sedikit, sukar mengawal/menahan

Fungsi kardiovascular (jantung) : Sakit kepala, peluh dingin, denyutan jantung bertambah kencang, sejuk kaki dan tangan

No comments:

Post a Comment